Halaman

Selasa, 13 September 2011

rm50.rm1 dan 20sen..

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan syiling 20 sen dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah.

Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... " Syiling 20 sen menyampuk.. kira ok lagi tu.. aku ni..balik balik tandas awam.. tandas awam ..tandas awam..

moral..???

tips hari ini..

Yuhuuuu.. ! Sambil sambil aku mengemaskan dapur dalam game ni kan, aku berkesempatan untuk mengsharekan teknik teknik rahsia, bagaimana nak mengelakkan mata mengalami kepedihan akibat memotong bawang !

Konpom la kan , bila kita potong bawang, kita akan diselubungi kesedihan teramat sehinggakan kita menangis tanpa henti ! Haha.. Padahal, time tu , kita sedang bergumbira sambil bergelek gelek mesra didepan dapur masak !

Mari kita mengelakkan perkara ini berlaku, karena air mata kita ni sangat la bernilai. Membazir woo bil air kita nanti. Haha..



Cara pertama
Memotong bawang dengan menggunakan Sut Astronaut. Apabila anda sudah memakai sut sebegitu, nescaya air mata dan kepedihan tidak akan terjadi lagi tatkala anda ingin memotong bawang ! Style pun style jugak ! Silap silap ada offer jadi angkasawan, sapa la tau kan? Haha

Cara Kedua
Anda dikehendaki memotong bawang dengan menutup mata. Bagi mengelakkan kepedihan yang berterusan, menutup mata merupakan cara yang paling berkesan. Tapi jangan tersilap langkah , kerana dek mengelakkan kepedihan itu, anda bakal kehilangan sesuatu yang berharga ! Haha.. Apekah?

Cara Ketiga
Dalam cara ketiga ni, bantuan rakan amat diperlukan. Anda dinasihatkan untuk meminjam mata kawan anda untuk dijadikan mata anda ,sambil anda memotong bawang. Apabila ini berlaku, anda takkan mengalami pedih mata lagi. Yahoo! .. Erkk..


Haaaa.. Kan dah dapat cara terbaru ni kan, ape lagi. Jum buat cekodok bawang jom ! Haha.. Pssttt.. Jangan lupa hantar kat aku sikit. :P


Sumber dari http://sengalman.blogspot.com/2011/02/3-cara-elakkan-kepedihan-memotong.html

Hehe.. :)